Santapan Hati

Sunday, April 22, 2012

Gambaran Hari Kiamat.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...
Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... 
Astaghfirullahalazim..
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”  Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
“Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. 



Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ 


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, April 18, 2012

BE A volunteer.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...

fuhhhh....Alhamdulillah akhirnya ada jugak la masa utk syuk bersendirian menghadap laptop, ehh bukan laptop sbb sblm ni pun syuk selalu menghadap, tapi belog ni hah!

werr, so crowded aaaa masa syuk skrg..lps syuk berhenti keja, syuk terus aktifkan diri be a volunteer. Yelaaa, sementara tggu IPT ni, fuhh lambat kot. Nak keja boleh tapi nuh, tggu lesen proses mcm Ya Allah, sabar jela.



Eh syuk! volunteer ni ape hah? kau ni. senang sng je suruh kitorg join. ce terang sikit ape tu volunteer? WHY VOLUNTEER?
OK. There are plenty of  good reasons to get involved in the community, for instance ; to learn something new  about yourself. 




Hrmm, okay ok. so, syuk nak kami join ape?


OK. 4 ur  guys. there're more organization (organisasi) yg bukan NGO yg telah ditubuhkan. korg boleh pilih mana mana yg korg nak..tp cari yg mereka perlukan sukarelawan la senang :)

SO, Salam offers volunteer opportunities for both teens and adults. While we have not yet established SALAM at every state in Malaysia, we have  active volunteer groups in Pahang and Kedah. Please find out more about our counterpart there . OKAY?


sila klik gambar utk lebih umphhh!

ni hah website Yayasan Salam
korg boleh cari maklumat apa yang korg nak dekat situ. TAPI! daftar as volunteer dulu tauuuu! heee :D korg jangan salah faham tauu, ni salah satu bdn yg syuk join. byk lagi sebenarnya. search google ok? 
banyak manfaat tauuu, tak boring. jangan set mind as bende ni boring aaaa. kalau laa korg tauu dulu syuk pun berpindirian yg sama, tapi bila korg masuk je memang taktau nak kata lah org kedah habaq! 
SO, join jom! semua golongan boleh! daripada budak sekolah sampai la ke veteran. Join je. Pelaaajaaar IPT pun no excuse laa. korg join waktu cuti sem. memey terbaiklah! heheh.saya sudah! anda bila lagi? so join now!

Petua Tidur Nabi Muhammad SAW.


 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum .
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.

Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badanuntuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur....

INSYAALLAH, semoga kita dapat mengamalkan. dan tolongg sampaikan ye ? ^_^

Friday, April 13, 2012

sedarlah wahai kalian.




 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum .
Akibat Sombong Dan Angkuh Dengan ALLAH SWT:




-Orang yang membina kapal Titanic ditanya, Sejauh manakah selamatnya kapal Titanic ini? Dengan nada yang ironis, dia berkata ''Tidak ada Tuhan yang boleh tenggelamkan kapal ini'' & Kita semua tahu apa yang berlaku kepada Titanic!
..........................

-Presiden Brazil Tancredo Neves semasa kempen pilihan raya berkata beliau mendapat 500,000 undi daripada parti itu dan berkata tidak ada Tuhan yang boleh menjauhkannya dari jawatan presiden.
Beliau mendapat undi tetapi dia jatuh sakit dan meninggal dunia sehari sebelum menjadi presiden!
..........................


-Cazuza, penyanyi Brazil & penyair, semasa persembahan beliau merokok dan menghembuskan asap rokok tersebut sambil berkat ''Tuhan ini untuk anda''.
Beliau meninggal dunia pada usia 32 akibat Kanser paru-paru dengan cara yang mengerikan!
..........................


Dalam surah (Al-Isra 17:37) ada menyebut:-
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. 

Tuesday, April 10, 2012

pelajar-pelajar Spm semua. sila sila.


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum .
JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/
MARA: http://ww.mara.gov.my/
Khazanah: http://www.khazanah.com.my/scholarship.htm
bnm: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=675&ac=666
UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html
Sime Darby: http://www.simedarby.com/
scm: http://www.sc.com.my/
TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/
TM: http://ytm.tm.com.my/
Petronas: http://spmonline.petronas.com.my/
PNB: http://www.pnb.com.my/
Shell: http://www.shell.com.my/
yysan pljrn mara: http://jadypm.edu.my/
JAKIM: http://www.islam.gov.my/
recom: http://www.recom.org/forum/portal.php
eputra: http://eputra.com/
http://esilav2.jpa.gov.my/

1)PTPTN
www.ptptn.gov.my
2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
www.yayasantar.org.my
3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
www.feldaholdings.com
4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
www.jpa.gov.my
5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
www.sabah.gov.my/jpan
6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
www.psc.sarawak.gov.my
7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
www.biasiswa.sabah.gov.my
8 ) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
www.maiamp.gov.my
9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
biasiswa.perak.gov.my @ www.perak.gov.my
10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
www.maij.gov.my
11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
epp.penang.gov.my
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
www.selangor.gov.my
13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
tapem.melaka.gov.my
14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
www.frim.gov.my
15) Gamuda Berhad
www.gamuda.com.my
16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
www.jkmwpkl.gov.my
17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
www.kwsp.gov.my
18) Lembaga Zakat Selangor
www.e-zakat.com.my
19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
www.bankrakyat.com.my @ www.yayasanbankrakyat.com.my
20) Majlis Amanah Rakyat
www.mara.gov.my
21) Pusat Zakat Sabah
www.zakat.sabah.gov.my
22) Yayasan Negeri Sembilan
www.yns.gov.my
23) Skim Biasiswa National Science F
www.masduke.net/download/nsf.doc
24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
www.mosti.gov.my
25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
www.perkeso.gov.my
26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
www.pnb.com.my
27) Sarawak Shell Berhad
www.shell.com.my
28) Sapura Industrial Berhad
www.sapuraindustrial.com.my
29) Terengganu Advanced Technical Institute
www.tatiuc.edu.my
31) Yayasan Felcra
esistem.felcra.com.my/yayasan/
index.html
32) Yayasan Pahang
www.yp.org.my
33) Yayasan Sabah
www.ysnet.org.my
34) Yayasan Selangor
www.yayasanselangor.org.my
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
yayasan.tnb.com.my
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
www.yakin.kelantan.gov.my
37) Yayasan Terengganu
www.ytrg.terengganu.gov.my
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
www.johordt.gov.my/ypj
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Muslim Doktor Yang Awesome!


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum .

baby


Tanta, Mesir – "Saya nak buktikan orang islam boleh maju", kata Prof. Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj,Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi UKM. Kata-kata itulah yang menjadi pembakar semangat beliau sejak zaman sekolah yang membimbing diri beliau menjadi seorang yang sangat positif dan menjadi doktor islam yang berjaya sebagaimana beliau hari ini.
Kedatangan beliau ke Mesir adalah untuk menjayakan program STEP(Sliding Through Experience as Professionals) yang bakal berlangsung di Al-Azhar Conference Centre, Cairo, pada Jumaat,6 April nanti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Mesir, Kelab Ikram Mesir dan Medik Mesir.
Namun, beliau sempat membuat kunjungan istimewa ke bumi Tanta demi bersua muka dengan anak-anak pelajar Medik di sini, untuk membakar semangat atma-atma  pejuang agama supaya lebih bertenaga dalam jihad menuntut ilmu dan mencari redha-Nya. "A Glimpse Through Medichood", slot pendek selama 2 jam yang dijalankan di Dewan Kuliah Anatomi Universiti Tanta itu lebih tertumpu pada usaha merealisasikan kecemerlangan diri dan organisasi dalam perjuangan melahirkan doktor muslim yang hebat.
Antara intipati program bersama beliau itu, beliau banyak berkongsi tentang kehidupan manusia dan beberapa noktah asas sebagai kayu asas kejayaan serta  usaha menggapai kejayaan dunia dan akhirat. Sebagai seorang yang berfikiran jauh, beliau cuba untuk mencungkil kesedaran setiap yang hadir untuk mengasah potensi diri masing-masing untuk berusaha menjadi doktor muslim yang berjaya dan dapat menyumbang untuk ummah suatu hari nanti.

Beliau mengingatkan semua pelajar bahawa "Kemenangan itu hanya dari sisi Allah", dan sebagai seorang mu'min, kita wajib sedar dan yakin dengan ketentuan Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt dalam al-Quran yang bermaksud,
"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal"
Surah Al-Imran (3:160)
Tawakal merupakan kunci kejayaan buat mu'min di mana kita semua perlu yakin dengan Qada dan Qadar Allah swt. Alhamdulillah, walaupun program yang berlangsung itu singkat, namun kata-kata beliau cukup memberi kesan kepada semua yang hadir. Moga semangat doktor muslim yang positif dalam diri Dr Harlina mampu mengalir dalam jiwa bakal-bakal doktor yang hadir demi merealisasikan kecemerlangan dunia dan akhirat.

Biodata Penulis

Nurul Athirah Zulkifli Sedang menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Cenderung membaca buku-buku ilmiah, terlibat dalam bidang penulisan dan mengambil berat isu semasa. Berharap supaya dapat menjadi seorang doktor muslim yang berjaya suatu hari nanti.Beliau berkongsi karya di http://www.nurulathirahzulkifli.blogspot.com/.

Sunday, April 8, 2012

Subhanallah, How Beautifull Muslim 'Blue Eyes' Aceh.





 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..


They were greeted with the title 'Blue Eyes' or 'Bulek Lamno'. This is because their eye color eye color is different from most of the population of Indonesia. No one knows for sure how the descendants of that blue eyes exist in the rural village at the foot of Mount Geureute, Aceh Jaya.


Not all residents in the Lamno Jaya sub-district, Aceh Jaya district has a high stature, sharp nose, blond, blue-eyed white and brown. Characteristic of the only power possessed by the natives of Portuguese descent.Wahidin, one villager Ujong Muloh blood of Portuguese descent who have told the community of Blue Eyes, or better known as bulek Lamno, now reduced in number."It is the eighth descendant of our parents because there are five and six. In the district of Aceh Jaya and Jaya district in particular and there is another new district, named Indra Jaya district there are several villages inhabited by people of Portuguese descent in the 14th century untilto-16 washed up on the royal power, "the story Wahidin."The public and the royal power to hold the Portuguese army, and they married with people around the royal power. Villages that became the base population is of Portuguese descent Muloh Ujong village, Kuala Power, GLE Jong, Teumareum and Lambeso, is generally almost all female and male distinctively white, blond hair and prominent nose. " While the men coupled with the hairy arms and a thick chest hair.



Lamno an area located on the west coast of Aceh, located 86 kilometers from the city of Banda Aceh, the provincial capital. Community customs of the same blue eyes of the Acehnese, only the dialect of the language created by the people of Portuguese descent was to be different."With regard to the language of the Lamno different from the language in the city. People of Portuguese descent was using the dialect of Power. For example if Kamo (us), kame or kamey Lamnonya language, (today) uronyo called uronyee."There are two versions of the story about the origins of the Portuguese presence in Lamno.The first version says the Portuguese came to Aceh to colonize in 1519 and is married to locals, while the second version says a Portuguese warship containing hundreds of soldiers stranded in the waters of Lamno.The king then in power at that time to save soldiers and receive them into the local population, the condition that they embraced Islam.Blue Eyes is now being bulek Lamno or Portuguese descent has been reduced in number. The villages which are the basis of Portuguese descent was swept away by the enormity of the tsunami waves.Because of the tremendous impact of the tsunami, of Portuguese descent was dispersed.There are to Banda Aceh, Meulaboh and Lhokseumawe. After the tsunami they mate with people around the camp. "From the marriage is already the children of Portuguese descent outside Jaya district."Government of Portugal itself has channeled development aid health and education facilities in the area that remains.According to historical records that exist in the parent document central Aceh, Marco Polo sailing adventure around the world in the years 1292-1295 had a stopover in the kingdom and the power to write a book about the greatness of the kingdom of power mingled with Portuguese soldiers in Lamno.

Monday, April 2, 2012

Jom join!


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..

Ehh saya nk kongsikan sikit about PTS contest. 

Subhanallah..sgt lumayaaaannn utk sesiapa nk join.

Just visit this web!
read. and click.


sila click gmbr ini utk kelihatan lebih umphhhh!

Saya dah sertai. Anda bila lagi? :)