Santapan Hati

Wednesday, February 22, 2012

events.




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 

Saya nak kongsi sikit beberapa events untuk bulan ni..Insyaallah bermanfaat :)

first:




via Medina Training Consultants 
Anda ada adik umur 13 - 18 TAHUN? Atau anak buah? Atau sepupu sepapat? Atau kawan²? 
Jom hantarkan mereka ke KEM JUARA REMAJA bersama PASUKAN IMAM MUDA. 
CEPAT! TERHAD! 
HUBUNGI HOTLINE DI TALIAN 019-4455080
Isikan cuti sekolah mereka dgn AKTIVITI BERNILAI! =D

second:

third:


Dijemput Hadir!

Design | Muslim 4 Life | Web Islamik {LIKE & SHARE}

cc : @Bumi Akhir Usia

InsyaAllah OSD berkujung ke Malaysia...Talkshow "Manisnya Hidayah-MU" 9 Maret 2012 jam 9 malam @Kelantan Trade Centre (KTC),Kota Bharu,Kelantan,Malaysia.

Contact Person : 
¤ YB Hj Ahmad Baihaki Atiqullah :             +6019 959 8181      
¤ Saifudin Ibrahim :             +6019 998 1661       
¤ Mohd Ridhuan Nawi :            +6019 905 1303       
¤ Ilvira Mohd Dasuki :            +6013 930 8776      



and saya nak suggest untuk anda membeli majalah anis bulan ini:


"Ambe bukan nak ngaja kelas ushul fiqh, tp ini kelas fardhu ain. Utk mereka2 yg baru nak kenal agama. Baru nak suka pd Islam. Ajar benda2 asas & mudah." - Ust Azhar Idrus. 


Jgn lupa dapatkan ANIS keluaran baru, terkini & sensasi. Cerita bagaimana Us Utube mampu menjentik anak2 muda yg kebanyakkannya mat rempit, skaters & lain2 suka kpd majlis agama & akhirnya berubah. :-)

Tuesday, February 7, 2012

try this.




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.


3. Put your hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.


4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.


5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.


6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.


7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.


Semoga dgn terciptanya tangan itu dpt meningkatkan amalanmu.. ^ ^


okay tu baru gamit..hehe..


Selawat dan salam buat junjugan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat serta ahli keluarga baginda..


Alhamdulillah..Salam Maulidur Rasul :)
realiti yang perlu difikirkan~
penuhi kehidupan kita dengan amal berdasarkan sunnah dan apa yang termaktub dalam alQuran ^^
selamat beramal!





sumber dari saudari Aisya Shakirah ^ ^...dia mmg pelukis yg terbaik. heheh..

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109


"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Luqman [31] : 27

Wednesday, February 1, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 

Berkenaan dgn entry ini, saya cuma ingin berkongsi satu event mengenai Konvensyen Bidadari Dunia yg anda boleh tgk pada gambar di bawah ini. Sesiapa yg berminat sila lanjutkan lagi pembacaan anda kerana butiran yg lebih lanjut terdapat dibawah. HEHE..maaf, kita teruskan.

Tapi laa kn kenapa kenapa event seperti ini diadakan di Kuala Lumpur saja? Aku dok  Kedah kot? HAHA jauh laa nk pegi...hati ni nak sgt pegi....errrr...duit tadde nak tempah ticket bas...



see? see? Ya Allah nak pegiiii!




Buat julung kalinya di Malaysia, 19 tokoh wanita bergabung dalam Konvensyen Bidadari Dunia (KBD) 2012 anjuran iluvislam.com. 

KBD akan berlansung pada 24 & 25 Mac 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Antara tokoh tersebut adalah Prof. Muhaya, Prof. Madya Syarifah Hayati, Dato' Ustazah Siti Nor Bahiyah, Dr. Nikki Shuhada, Dr. Harlina Siraj, Ummi Ros, Wardina, Nora, Catriona Ross, Puan Rozita (Sendayu Tinggi), juara Ustazah Pilihan serta juara Solehah dan ramai lagi.

Jom rebut peluang ini untuk menuntut ilmu dan pengalaman - serta bertemu mereka 'face' to 'face'.

Hanya 3,000 tempat disediakan. Daftar sekarang di www.bidadaridunia.com untuk mendapatkan diskaun 'early bird' sehingga 29 Februari 2012 ini.

Ayuh kita kongsikan promo ini kepada rakan-rakan kita!



p/s: sape yg dah dekat KL tu hape tggu lagi? pegi r..tak rugi punn..pahala pun dapat..

Tuesday, January 31, 2012

scholarships.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 

IMPORTANT kepada pembaca blog terutama skli:

----> abang abang, 
----> kakak kakak, 
----> termasuk diri snri yg lepasan SPM or STPM, 
----> makcik-makcik, pakcik pakcik pun boleh..tapa aih, tadak had umo (tolog pantau anak anak laa ktakn) hehe..

Di sini, saya ingin berkongsi sebuah web mengenai scholarship. Pesanan saya, anda yg mungkin tergolong dlm senarai di atas sila SILALAH rajinkan diri menelaah, haha menziarah, melancong (err..rosak BM aku) or sewaktu dgnnya page page mengenai kursus, university, or scholarship. 

EH malas ar nak p bukak bende-bende alah tu! lagipun awal lagi kan nak masuk u. engkau ni pun obsessed terlebih kenape?

Hah berkenaan dgn soalan ini, bukan aku nak obsessed sgt, tapi kau kene ready utk risiko yg akan dtg. Memanglah benda ni nampak mudah dan awal tapi bila dah kuar result kang then tiba tiba jem webside kementerian tu..ditambah pulak lagi waktu malam tu jugak kau nak isi hah tak ke susah cari maut namanya tuh? hah dah jadik centu kau nak salah spe? aku? ehh memang taklaa..tarikh tutup 2hb April. (bagitau siap siap) =='

EH kau tau mak aku bising asyik mengadap laptop 24 Jam tak habis habis.

berkenaan dgn itu, jika mak ayah anda menanyakan soalan ''eih asal asyik mengadap latop jea? engkau tade keje dah ke? makan, minum, mandi? sudah ke belum?.
...hah byk soalan kn? HAHA, it's okay guys. Just let it. but jgn sampai menderhaka ibu anda je nanti..jawab dgn sopan sambil memegang tangan ibu anda, ''ibu..saya skrg tgh tgk course utk ipt nanti ibu..n byklaa about ipt, scholarship lagi...ibu jgn laa marah..ini utk masa dpn saya jugak..heheh''.
Hah sure mak anda tak marah kn. Okay aku jamin. jgn risau. heheh! Tapi kalau sampai tiap tiap hari tgk benda yg sama boleh jadi membuatkan mak ayah anda musykil jugak kan? Haha itu pandai pandailah uruskan. Jangan sampai menderhaka diorg dahlaa ek? hehe.

EH kau ni menyibuk asal? mak bapak aku pun tak menyibok terok macam kau nie? =='

OKAY jawapan aku utk kau wahai insan terbabit.

okay. clear that? HAHA

I'm sorry, just joke. Terpulang kat kau laa nak buat ape :)

Alhamdulillah, dah panjang panjang bermonolog sorang sorang nie, ''SYUK, mana web dye?, ehh kau nie kalau dapat menulis tu hah panjaaaaaaaaaang berjela''. Okay fine. Nah aku terjumpa satu web mengenai scholarship..jika sesiapa berminat bolehlaa ziarah web berkenaan. click di sini

pesanan: Insyaallah kalau aku terjumpa maklumat penting mengenai ipt or apa apa saja berkenaan anda, aku akan share di sini. :)

Monday, January 30, 2012

setiap gambar ade cerita by YUNA



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 


study from this pictures, it's will give us meaning..



eih hape nie? knpe api tak padam padam? err = ='


haha! tergamam. (kene btg hidong snri lettew)

everythings start here rite? :)


haha! cintan cintun tikus pun best kn? 


tak nampk kn? enlarge cket boleh syuk? okay fine :D



okay? haha

hijab.


hape lagi yg wanita nak? Allah dah janjikan nikmat buatmu mmg tak terkira.

enough ready.


yaaahh gambar gambar pelik mcni nak search cena ek syuk? haha..internet byk..terpulang kpd anda utk mencarinya..hehe


wassalam :D

Saturday, January 28, 2012

keinsafan.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah  sekali  lagi  aku  diberikan  peluang,  yaa  peluang  sbg  seorang  hamba  Allah  yg  dpt  hidup  di  dunia  yg   fana  ini  spy  dpt  beramal  membawa  bekal  ke  alam  akhirat  yg  kekal  abadi  itu.  NYAWA..  yaa  satu  anugerah  yg  kebanyakkan  manusia  lalai,  atau  mungkin  tak  sedar..cuba  kita  bygkn  hari  ini  berapa  ramai  manusia yg  ditarik  nyawa  oleh  Allah  dlm  keadaan  mereka  sendiri  tidak  bersedia?  YAA..semacam  aku  jugak...Astaghfirullahalazim. 






sedang aku berjalan jalan, menekan punat keyboard di lappy kesygn ummiku, aku terpana seketika..melayari sebuah laman facebook sorg anak muda ini, aku terjumpa sebuah gambar yg membrikan aku seribu pengertian. Bak kata pepatah ''YUNA'' setiap gambar ada cerita. Anak muda ini berkata juga :


''alangkah indahnya jika menutup aurat ''




apakah sebenarnya mesej yg dia nak sampaikan? aku terpana lagi. Alhamdulliah aku diberi peluang oleh-Mu utk memahami maksud dari monolog anak muda itu. Subhanallah, besar sungguh hasrat anak muda ini. Aku cuba menilai diriku ini. Adakah aku menutup aurat? tapi tidak cukup dgn itu. Aku mula dibayangi dgn persoalan yg lain pula. Bagaimana kwn kwn aku yg lain? Adakah mereka skrg menjaga aurat? soalan yg sama mula bertubi tubi menerjah ke dlm kepalaku.

Sesungguhnya aku takut Ya Allah, berapa ramaikah wanita di luar sana yg akan menerima azab-Mu jika mereka tidak menutup aurat. 


 Aku dihantui dgn persoalan...setiap saat aku bermonolog dgn diriku..

Bagaimanakah aku nak menegur sepuluh org rakanku jika sorg tidak dapat menerima? Aku takut, jika aku menerima ilmu ttp tidak dpt dikongsi bersama rakan rakanku tentang betapa NIKMATNYA! NIKMAT! jika kita menutup aurat. Ya, sesungguhnya sesiapa yg membaca entry ini..aku mohon kongsikanlah bersama rakan rakan anda bahawa inilah rahsiaku jika anda mungkin tertanya mengapa sekarang aku berubah.




tulus dari hatiku mmg dahulu aku amat jahil tntg ilmu agama..tp sekarang aku ingin mencari ilmu tersbut...ilmu mmg perlu dicari jika kita ingin berubah. Aku amat berpegang kpd sebuah prinsip bahawa

HIDAYAH tidak akan dtg kpd kita jika kita tdk menuntut, mencari, memohon dari Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
ingin aku selitkan di sini sebuah pndangan saudara Hilal Asyraf,

Ramai manusia refer 'cinta sejati' itu dengan kisah Fatimah dan Ali yang memendamkan perasaan masing-masing, dan kemudian berjaya berkahwin. Pertamanya, suka saya nyatakan, bahawa setakat yang saya belajar, cerita itu tidak sohih. Amatlah pelik sembang-sembang Fatimah dan Ali di dalam kamar tidur, diriwayatkan keluar sedang perawinya bukan dari salah seorang mereka. Mustahil ada orang ketiga di bilik kamar itu yang merawikan perbualan tersebut. Sedang kalau hal di dalam kamar tidur Rasulullah SAW, isteri bagindalah yang akan meriwayatkannya. Keduanya, amatlah pelik sembang-sembang yang panjang sedemikian diriwayatkan. Setakat ini, biasanya, yang saya belajar, mana-mana hadith atau athar(kata-kata sahabat) yang melibatkan sembang-sembang yang panjang biasanya adalah hadith dho'if atau palsu. Ketiganya, jelas apabila kita mencintai seseorang dan ingin mengahwininya, yang kita perlu lakukan adalah usaha. Pergi buat perbincangan dengan keluarga, persediaan diri, kemudian merisik, melamar, berta'aruf dengan pasangan semasa ruang pertunangan dan seterusnya menyegerakan perkahwinan. Bukannya duduk diam, pendam perasaan dan mengharap semata-mata. Yang lelaki boleh melamar, yang perempuan juga boleh melamar melalui wakil. Tiada masalah. Jadi jelas bahawa, kisah 'pemendaman perasaan' seperti cerita Fatimah dan Ali adalah dalil yang rapuh dan tidak boleh diguna pakai. Untuk saya, cinta sebelum kahwin sentiasa ada. Tinggal bagaimana kita menginterprestasikan cinta itu yang menjadikan ianya baik atau buruk buat kita.

Wassalam.. 






Thursday, January 19, 2012

rindu, rindu?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum

entry kali nie berkisar tentang cinta, syg, love or what else rindu...hai aku dah pandai bercinta nmpk...hurm, myb not..pengalaman lampau kot...tadelah..even aku snri tengah tekanan, tension, n so on..aku tiba-2 terjumpa 1 lagu nie dr sorg abg yg tah dye tbe-2 post on his fb..so terdetik laa hati aku utk mengirim entry ini utk anda jugak..tape we share the ''ilmu'' sama-sama kn..

sgt menyentuh perasaan aku..

even anda tgk video tanpa melihat bait-2 liriknya snri pun, aku jamin touching gileee....

Semoga dgn melihat video ini aku n anda dpt menerima kesedaran...InsyaAllah :)

p/s: sila tengok video mggunakn ''enchanment'' utk lebih touching..hehe

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan


Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu padamu



"Sesungguhnya lelaki yg baik-baik, utk perempuan yg baik-baik."