بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum w.b.t
sedang aku berjalan jalan, menekan punat keyboard di lappy kesygn ummiku, aku terpana seketika..melayari sebuah laman facebook sorg anak muda ini, aku terjumpa sebuah gambar yg membrikan aku seribu pengertian. Bak kata pepatah ''YUNA'' setiap gambar ada cerita. Anak muda ini berkata juga :
''alangkah indahnya jika menutup aurat ''
apakah sebenarnya mesej yg dia nak sampaikan? aku terpana lagi. Alhamdulliah aku diberi peluang oleh-Mu utk memahami maksud dari monolog anak muda itu. Subhanallah, besar sungguh hasrat anak muda ini. Aku cuba menilai diriku ini. Adakah aku menutup aurat? tapi tidak cukup dgn itu. Aku mula dibayangi dgn persoalan yg lain pula. Bagaimana kwn kwn aku yg lain? Adakah mereka skrg menjaga aurat? soalan yg sama mula bertubi tubi menerjah ke dlm kepalaku.
Sesungguhnya aku takut Ya Allah, berapa ramaikah wanita di luar sana yg akan menerima azab-Mu jika mereka tidak menutup aurat.
Aku dihantui dgn persoalan...setiap saat aku bermonolog dgn diriku..
Bagaimanakah aku nak menegur sepuluh org rakanku jika sorg tidak dapat menerima? Aku takut, jika aku menerima ilmu ttp tidak dpt dikongsi bersama rakan rakanku tentang betapa NIKMATNYA! NIKMAT! jika kita menutup aurat. Ya, sesungguhnya sesiapa yg membaca entry ini..aku mohon kongsikanlah bersama rakan rakan anda bahawa inilah rahsiaku jika anda mungkin tertanya mengapa sekarang aku berubah.
tulus dari hatiku mmg dahulu aku amat jahil tntg ilmu agama..tp sekarang aku ingin mencari ilmu tersbut...ilmu mmg perlu dicari jika kita ingin berubah. Aku amat berpegang kpd sebuah prinsip bahawa
HIDAYAH tidak akan dtg kpd kita jika kita tdk menuntut, mencari, memohon dari Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
ingin aku selitkan di sini sebuah pndangan saudara Hilal Asyraf,
Ramai manusia refer 'cinta sejati' itu dengan kisah Fatimah dan Ali yang memendamkan perasaan masing-masing, dan kemudian berjaya berkahwin. Pertamanya, suka saya nyatakan, bahawa setakat yang saya belajar, cerita itu tidak sohih. Amatlah pelik sembang-sembang Fatimah dan Ali di dalam kamar tidur, diriwayatkan keluar sedang perawinya bukan dari salah seorang mereka. Mustahil ada orang ketiga di bilik kamar itu yang merawikan perbualan tersebut. Sedang kalau hal di dalam kamar tidur Rasulullah SAW, isteri bagindalah yang akan meriwayatkannya. Keduanya, amatlah pelik sembang-sembang yang panjang sedemikian diriwayatkan. Setakat ini, biasanya, yang saya belajar, mana-mana hadith atau athar(kata-kata sahabat) yang melibatkan sembang-sembang yang panjang biasanya adalah hadith dho'if atau palsu. Ketiganya, jelas apabila kita mencintai seseorang dan ingin mengahwininya, yang kita perlu lakukan adalah usaha. Pergi buat perbincangan dengan keluarga, persediaan diri, kemudian merisik, melamar, berta'aruf dengan pasangan semasa ruang pertunangan dan seterusnya menyegerakan perkahwinan. Bukannya duduk diam, pendam perasaan dan mengharap semata-mata. Yang lelaki boleh melamar, yang perempuan juga boleh melamar melalui wakil. Tiada masalah. Jadi jelas bahawa, kisah 'pemendaman perasaan' seperti cerita Fatimah dan Ali adalah dalil yang rapuh dan tidak boleh diguna pakai. Untuk saya, cinta sebelum kahwin sentiasa ada. Tinggal bagaimana kita menginterprestasikan cinta itu yang menjadikan ianya baik atau buruk buat kita.
No comments:
Post a Comment