Santapan Hati

Saturday, March 31, 2012

brought to you by: Ibtisamstudio.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..

JOM menambah pahala dengan hanya melihat gambar sahaja! 
p/s: sila click gambar untuk melihat dengan lebih umphhh!
Tak rugi..1 click 1 pahala :)
Selamat mencuba!    anda Lillahita'ala.









Semoga kita lebih bermotivasi melalui gambar-gambar ini! :)  

Salam Ukhwah Fillah.. :D

Bidadari Dunia - disunting daripada saudara Hilal Asyraf ♥



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..

Saya ingin berkongsi sebuah artikel daripada saudara Hilal Asyraf (mungkin anda mengenali dia) tentang wanita. Apa sebenarnya wanita ini diistilahkan? Sila ke bawah JOM :)   

Satu perkara yang sering saya perolehi apabila membuka peluang kepada para wanita mengutarakan soalan adalah, permasalahan dalam percintaan. Pelbagai situasi, tetapi boleh dikatakan majoritinya mempunyai masalah yang sama.
Terlalu mudah membiarkan hati disentuhi.
Saya amat memahami bahawa perempuan biasanya mempunyai jiwa yang lebih lembut berbanding lelaki. Bukanlah penulisan kali ini adalah untuk kita menafikan itu semua. Tetapi adalah untuk mengajak kita membina sebuah kerangka prinsip, pemikiran untuk menggunakan kelembutan itu pada tempat yang sepatutnya.
Bukanlah semua tempat perlu kita lembutkan hati kita.
Dan semestinya, bukanlah di semua tempat perlu kita keraskan jiwa kita.

Merasa diri itu mahal.
Satu saya suka untuk saudari-saudari saya punyai adalah ‘merasakan diri mereka mahal’. Saya sentiasa percaya bahawa perempuan adalah mahal. Maka kerana mahalnya perempuan ini, saya sentiasa memandang bahawa mereka adalah makhluk yang terhormat. Kerana itulah saya yakin, Islam menjaga perempuan pada tahap yang tertinggi sekali.
Pada zaman perempuan banyak menjadi hamba dan simbol seks, Islam adalah yang menyelamatkan maruah wanita dan menjadikan mereka terhormat di sisi lelaki.
Maka semestinya, perempuan sendiri yang perlu memilih. Apakah mahu mengambil jalan kehormat ini, atau mahu kekal menjadi ‘murah’? Kerana jelas, Islam bukan satu agama paksaan. Islam adalah jalan hidup pilihan. Pilih Islam, begini dan beginilah yang perlu diikuti. Kita akan dapat kesannya, balasannya, ganjarannya. Pilih selain Islam, begitu dan begitulah yang akan terjadinya. Kita akan terkena kesannya, akibatnya, balasannya.
Sekiranya memilih untuk hidup dalam penghormatan, maka perlulah merasakan bahawa diri itu terhormat, mahal.
Jangan mudah-mudah sahaja membuka hati untuk semua orang.
Lebih-lebih lagi untuk yang tidak diketahui asal usulnya. Dari alam maya contohnya. Yang suka-suka sahaja mengorat kita di tengah jalan. Yang tidak pun melamar kita dari pintu hadapan(ibu bapa). Jangan.

Maka binalah prinsip yang jelas dalam berperasaan.
Saya menjumpai di dalam hidup ini dua jenis perempuan.
Satu yang terlalu mudah sangat menerima.
Kedua yang terlalu sukar sangat membuka hati.
Kedua-duanya tidak elok. Saya melihat permasalahan ini berpunca daripada tiadanya prinsip yang jelas dalam urusan perasaan. Di sinilah kita perlu melihat semula prinsip kita. Apakah prinsip kita?
Soalan pertama yang perlu ditanya adalah – Apakah kita punya prinsip?
Selepas itu baru kita melihat, bagaimanakah prinsip kita.
Sepatutnya di dalam diri kita, sudah ada penggarisan – lelaki yang bagaimana ingin kita jadikan suami?
Daripada penggarisan itulah kita hanya membuka jiwa kita kepada yang selayaknya. Untuk menjadikan perkara ini realistik, maka janganlah meletakkan level yang terlalu tinggi. Hendak seperti Nabi layaknya, Malaikat contohynya, nyata itu hanya menyukarkan keadaan. Perlu difahami bahawa perkahwinan, rumah tangga itu adalah mutualisme, yakni perlu lengkap melengkapi. Maka letakkanlah level yang sederhana, pada masa yang sama kita juga mempertingkatkan diri kita, akhlak kita, rohani kita, minda kita.
Ciri lelaki sahaja tidak mencukupi. Perlu letakkan di dalam diri kita penggarisan – Maruah Seorang Aku.
Yang ini, letakkanlah di level yang tinggi sedikit. Maruah, semestinya tidak patut diletak rendah.
Maka apakah anda ini bermaruah sekiranya dengan mudah menerima lamaran ‘lelaki soleh’ yang dikenali semata-mata di dalam ‘Facebook’? Tidak. Jangan letakkan level maruah anda sedemikian. Letakkan tinggi lagi. Yang melamar anda mestilah jelas identitinya, bertemu dengan kedua ibu bapa/penjaga anda. Yang jelas latar belakangnya.
Apakah anda ini bermaruah sekiranya membenarkan diri di’test’ terlebih dahulu? Dilayan sudah seperti isteri, kemudian baru berkira-kira hendak diambil sebagai isteri yang sah? Jangan. Sesekali jangan. Letakkanlah level itu tinggi lagi. Yang ingin menjadikan anda isteri mestilah yang ada maruah juga. Bukannya yang senang-senang sorong anak dara orang ke hulu-hilir. Yang ada peribadi. Walau tidak menghafal 30 juzu’ Al-Quran, tidak hari-hari qiamullail, tetapi punya adab dan kesopanan yang baik.
Dan apa yang paling penting, setkanlah juga di dalam diri itu perkara ini – Segala apa berkenaan urusan percintaan dan perkahwinan diri aku, mesti Ibu Bapa aku tahu.
Ya. Ini semua untuk menjaga diri kita dari membuat keputusan yang silap. Bukanlah saya mahu katakan yang ibu bapa 100% betul. Tetapi bila adanya pandangan daripada yang lebih tua, kita akan dapat satu pandangan lain untuk menimbang pandangan-pandangan kita. Kita tidak pernah tahu bila kita akan terlalu mengikut perasaan sangat.
Begitulah. Saya melihat, saudari-saudari saya perlu mempunyai perkara ini. Untuk menjaga diri anda juga agar tidak terjebak dengan sebarang penipuan, sebarang keburukan, dosa dan maksiat.
Memandangkan hati kita ini lembut, maka semestinya perlukan penjagaan yang rapi, bukan?
Maka inilah dia penjagaannya.
Perlu ada prinsip yang jelas.
Gariskan prinsip anda.
Jangan terlalu mudah menerima!

Tetapi jangan sampai terlalu ekstrem.
Biasa melihat perempuan yang meletakkan bakal suaminya mestilah yang rajin qiamullail, yang hafal 30 juzu’ Al-Quran, dan sebagainya?
Saya tidak mahulah kata ini nasihat saya, tetapi apa yang saya bakal nyatakan ini adalah nasihat daripada bapa saya. Dahulu, saya juga begitu. Mahu isteri yang hafal Al-Quran 30 juzu’, mahu yang mengaji agama dan sebagainya. Tetapi bapa saya menasihati saya:
“Jangan letak level tinggi sangat. Bersederhanalah.”
Ya. Bersederhanalah. Ketahuilah bahawa di dunia ini tiada yang sempurna sebenarnya. Saya sentiasa berfikir akan nasihat bapa saya itu, dan saya dapat menyelami kebenarannya.
Sekiranya kita mampu bersederhana dalam meletakkan level bakal pasangan kita, insyaAllah kita mampu bahagia. Kerana, bila level yang kita letakkan itu sederhana, maka apabila dia ‘lebih’ baik, itu sudah jadi bonus buat kita. Sekiranya dia nanti ‘ada’ kelemahan, maka kita nyata telah bersedia kerana kita letakkan level yang sederhana untuknya sebelum ini.
Tetapi, sekiranya kita letakkan level yang terlalu tinggi, hendak dapat pasangan pun belum tentu. Keduanya, manusia ini nyata akan ada cacatnya. Nanti bila kita nampak kecacatannya, kita akan rasa – ini bukan macam yang aku mahu! Dan seterusnya akan membawa kepada masalah dalam rumah tangga pula.
Maka, prinsip kita, janganlah sampai terlalu ekstrem.
Sederhana.
Biar sesuai dengan realitinya sebuah dunia.

Penutup: Biar keimanan memandu perasaan.
Sebab itu akhirnya, saya menyeru kepada saudari-saudari saya agar perkukuhkan kefahaman berkenaan agama Allah SWT. Sentiasalah bersama-sama dengan wanita solehah yang anda kenali. Duduklah di dalam suasana yang membawa hati dan diri itu lebih mendekati Allah SWT.
Dari situ, anda akan dapat menghayati kehidupan ini dan mempunyai prinsip yang jelas.
Hingga apabila sampai waktunya untuk anda membuat pilihan, sampai masanya ada yang melamar anda, sampai ketikanya ada yang ingin mendekati anda, menyentuh jiwa anda, maka anda punya prinsip itu untuk menjaga anda di atas jalan yang selamat.
Anda akan sentiasa pulang kepada Allah SWT, sebelum membuat keputusan. Cinta anda, perasaan anda, dipandu keimanan. Barulah ketika ini istikharah itu terasa berkesan, doa itu terasa berfungsi, dan rintihan anda kepada Ilahi itu terasa didengari.
Saya sentiasa melihat, perempuan itu mahal.
Tetapi apalah yang saya boleh lakukan?
Solusinya, perempuan sendirilah yang perlu merasa dirinya mahal. Perempuan sendirilah yang perlu menjaga diri mereka.
Saya, seorang lelaki ini, hanya mampu memberikan pandangan dan idea semata-mata.
Janganlah terlalu lembik. Binalah kekuatan.
Janganlah terlalu ekstrem. Binalah kesederhanaan.
Semoga saudari-saudari saya lebih terjaga, lebih bahagia.
InsyaAllah.
Mari Menjadi Hamba, wahai bidadari dunia!

By: Hilal Asyraf - Langit Ilahi -

Monday, March 26, 2012

nafsu.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ..








journey.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 

Fajar-Sinar Bulan [Anekdot Kaki Lima] - Hlovate

Dia…bukanlah graduan universiti luar negara.Graduan universiti dalam negeri pun bukan.Hatta dia bukan graduan mana-mana universiti pun.Pengajian tertingginya hanya di tangga SPM.Itu pun bukanlah dengan keputusan yang cemerlang ke langit.Sekadar lulus dengan pangkat dua yang nak hampir ke pangkat tiga.Bukan dia tak berotak tak bergeliga.Dia tak minat.Baginya keputusan peperiksaan sekolah bukan ultimatum untuk memutuskan seseorang tu bodoh pandai.Orang lain boleh berabuk cakap orang putih,dia pun boleh cakap orang putih.Lekeh-lekeh keputusan SPMnya,English 1119 dia dapat A2.Mungkin sebab dia memang suka bahasa dan anti sains serta angka.Kelas dan sekolah hanya kayu pengukur standard dalam masyarakat.Alam dan diri yang sebenarnya patut menjadi penilai.Dan ayahnya menempelak dengan mengatakan dia hanyalah seorang kaki falsafah pokok getah.


Benarlah...lepas habis SPM dengan keputusan yang tak seberapa tu,ke mana sangatlah dia boleh melangkah.Nak ke universiti...baginya dari buat course yang bukan-bukan dan tiada prospek,baik duduk di kampung menoreh getah.Nak ke politeknik pun payah.Kalau GiatMARA tu mungkin boleh lagi la.Tapi dia sendiri tak begitu minat dengan benda-benda macam tu...ketika itu.


Dan dia pun duduk di kampung.Bangun pagi di tengah subuh,ke kebun getah dari pagi ke tengah hari.Petang pula menebas di dusun di hulu.Bukan kerana dia rajin.Tapi kalau nak hidup makan pakai di rumah ni dengan aman,kena la banting tulang empat kerat dan kudrat serta memerah keringat.Kalau tak mau kena kejar dengan ayah keliling rumah jika sekadar makan dan membuta je.


Bila tiba masa pokok-pokok getah dah nak ditebang untuk penanaman semula,dia la antara orang yang macam cacing kena salai atas bara.Tumbangnya pokok getah,bermakna putusnya duit.Sementara nak menunggu pokok getah besar,maknanya dia yang makin kurus.Nak mengharap duit ayah,haraplah sangat.Ada la lebih kurang macam pungguk nak tunggu bulan di tengah langit jatuh ke tengah sawah.Maka ditakdirkan Allah dia berkenalan dengan Abang Nan yang kerjanya menjual jeruk,kuih dan makanan ringan di pekan sehari dan pasar-pasar malam.Abang Nan dengan dia bukan kira orang lain sangat pun.Kalau bersoreh nak ikut keluarga dan suku-sakat,ada la kot pangkat tiga empat pupu.Dan dia pun mengikut Abang Nan berniaga setelah diajak orang tua tu.Belajar rentak orang berjual-beli.Hampir setahun setengah bersama Abang Nan,lelaki itu menyuruhnya berdiri sendiri. 


Nekad dia meminjam duit ayah untuk dibuat modal berniaga dan untuk membeli sebuah van terpakai;bagi dibuat alat mengangkut barang jualnya ke hulu ke hilir.Ayah skeptik,namun memberi juga.Kata ayah,lunaskan dalam masa lima tahun.Dia hanya mengangguk je.Ditengoknya Abang Nan tu dengan berniaga tu la dia ke Mekah,beli van,beli kereta,beli motor,buat rumah.Memang betul kata Nabi.9/10 daripada sumber rezeki tu datanya dari berniaga.Dan itu la yang menjadi pendorongnya nak jadi macam Abang Nan juga.


Berdiri sendiri...memang sakit.Walaupun sepanjang bersama Abang Nan dia belajar ombak gelombang dan pahit maung orang berniaga,namun lain rasanya bila semua kena ditelan sendiri.Rasa yang melintasi tekak tu pahitnya berganda-ganda.Tapi kalau manis tu,manis berganda-ganda macam tebu bercampur gula juga.Mulanya dia cuba mengikut rentak seperti masa berniaga dengan Abang Nan dulu.Habis van buruknya dibawa ke segenap ceruk daerah yang ada pekan sehari dan pasar malam.Payah...saingan banyak.Dan duit banyak habis meski jualan tak laku mana.Duit minyak lagi...duit sewa tapak...dan kadang-kadang hujan pula.


Dia menerima ilham rahmat Tuhan tu ketika sedang meneman mak membeli kain pasang di Sri Sungguh.Bosan menunggu di dalam kedai yang serba sesak dengan orang tu,dia menunggu sambil duduk di atas tembok di luar kedai.Matanya melata melihat keliling.Sebab tika tu dah tak ada benda lain yang nak dibuat.Bangunan deret kedai ni memang maju betul.Kedudukan stratergik.Dah la di tengah-tengah pekan.Bertentang seberang jalan dengan supermarket dan mini market pulak tu.Bangunan tiga tingkat tu pun segala macam kedai ada.Dengan kedai Sri Sungguh,Kedai Kain Tan,dan Kedai Kain Rahman saja pun deret tu dah cukup meriah.Tambah lagi kat situ la ada Bank Simpanan Nasional,kat situ la ada Bumiputra Commerce.Tambah-tambah lagi dengan kedai farmasi,kedai buku,pusat tuisyen,kedai makan yang bersusun dan entah segala macam kedai lagi.Pendekata kawasan itu macam lombong emas orang berniaga sebab sentiasa sibuk dengan manusia.Peniaga-peniaga kecil pun ramai yang menumpang rahmat tempat yang sesak dengan orang tu.Membuka gerai-gerai di tepi lorong dan kaki lima.Ada yang berniaga air,menjual kacang rebus dan buah-buahan,buka gerai burger,jual keropok lekor dan segala macam nugget...


Dan ketika itu idea menerpa!


Apa kata kalau aku cuba berniaga kat sini?!Dari sini ke rumah bukan jauh.Nak berulang-alik tiap-tiap hari pun tak kira aral.


And the rest is history. 

_____________

a chunk from a piece that was written back in 2006.with the rate social capitalism going on nowadays that highly influences the way of how our society views status and success,I'm just putting this up to anchor myself from being dragged by the mainstream sludge.the anecdote behind the story : it all started when I saw a young man leaving his bustling stall,changed into his baju Melayu and pelekat,and walking towards the masjid way before Zuhur.

Dia meraikan Jumaat.

While [some]other executive hotshots were contemplating lunch.

verily,Allah sees naught of our earthly status,but the level of taqwa we have within us,no?

okay,those yang rasa dia memang awesome sila cari this verse and put it in the comment;one that is related to the ramblings above : [49:13]

kalau jumpa,anda memang awesome.

kalau jumpa,faham dan hadam,lagi la bertambah awesome :)

may Allah bless u..

Saturday, March 24, 2012

Ending.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 

Alhamdulillah..ALLAH memberikan nikmat kepadaku sekali lagi untuk merasai nikmat bernafas dan berkesempatan untuk melihat dunia yang fana ini.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad.  
sebelum RESULTS SPM diumumkan..

Ya Allah, hati aku memang berdebar-debar. Seriously, meamng tak tenteram, i thinks semua calon SPM2011 pun rasa apa yang aku rasa. ERR, memang gementar. Tapi Alhamdulillah, dalam ketaq ketaq tu aku still boleh makan dengan kenyang, tidoo dengan lena, mandi terlebih basah sampai 1 JAM dok dalam toilet. Aku sekarang tak penah lagi laa merasai hakikat mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang tuu. Tah, bagi aku tuu suma hanya haluninasi manusia jaa. Kalau wujud pun sebab manusia itu sendiri  yang meletakkan keadaan tuu wujud dalam diri mereka :)

Alhamdulillah, malam-malam genting, around 2-3 malam tuu, aku dah rasa tenang. Itu pun disebabkan saranan kawan-kawan aku untuk mengamalkan surah-surah lazim, seperti AL-FATIHAH, AYATUL KURSI, AL-IKHLAS, AL-ALAQ, AN-NAS, dan pelbagai cara lagi. memang banyak tips yang diorang share dengan batch 1994 nihh. thanks guys! :D

 solat---> TAHAJJUD, HAJAT, ISTIKHARAH
Memang sentiasa menemani aku sepanjang aku bergelar manusia. Sangat besar nikmatnya kita laksanakan solat-solat nieee :) Alhamdulillah, aku mendapat ketenangan pun selepas laksanakan solat-solat sunat nieee. Kenangan paling manis waktu nihh, msg yang aku kirimkan, ''tahajud jom! :DDD'' .
Aku tolong kejutkan kawan-kawan aku bangun tahajud, dan macam-macam kerenah aku tengok waktu kejutkan depaa. HAHAH. yang paling tak tahan nak tergelak bila call budak-budak laki bangun. Ya Allah hilang abis kemachoaan hampa suma! HAHA + suara mamai laa :p Hahahah, tahniah laa dalam banyak-banyak daripada depa nihh sorang jaa yang bangun. HAISH =.= TAPA YANG PENTING KITA NIAT KAN? LILLAHITA'ALA !

MALAM 20HB (malam sblm result), aku tak tidooo! HAHAH memang mimpi laa aku nak tidoo waktu tuu. Masyaallah, nih kali ke-2 tak silap aku jadi ceni selepas malam aku nak periksa SPM for BIOLOGY . hahah! Dasyat..aku tunggu sampailah keesokan hari iaitu hari result coming out!

21 March 2012..
hati mula terasa ketaq, tapi masih dapat dikawal. Pagi tuu, aku berkumpul 3 orang dengan kawan aku dekat bawah pokok. Waktu tuu, memang orang dah ramai datang sekolah nak amik result. BUT, akuu still tak yakin nak pegi ke dak. Seriously, hati macam tak sedap. Akhirnya, aku buat keputusan untuk ajak kawan-kawan aku duduk dalam 1 bulatan dan aku cuba tenteramkan diri dulu dengan membaca ayat 23 dari juzuk 6 Surah Al-Maidah, robbilsohri, allahuakbar  (3x), bismillahitawakkaltua'lawwah, walahaulawalakhuwataillabillahila'liyula'zim. Tanpa aku sedari, aku menangis teruk. Selepas cool down sikit baru tergerak hati aku nak bangun, berjalan menuju ke dewan sekolah. Depan dewan, darah aku gemuruh tapi aku cuba gagahkan diri tapi tak boleh. Aku menangis lagi dan lagi sambil berlari keluar dari dewan. Lepas kawan-kawan aku pujuk, dan istighfar sebanyak mungkin, aku masuk juga ke dalam dewan. Duduk dalam dewan tuu memang menyiksaan jiwa aku. Selepas PK memberi kata permulaan, agak-agak dalam 10 minit centu, depaa dah umukan pelajar terbaik yang mendapat straight A's. Alhamdulillah 15 orang terpilih daripada SMK Jitra. aku tk trmasuk punnn..haha..wuuuhhh selamat..then, yang nama tak terpanggil kena amik sendiri, beratur dekat tepi dewan. Time tunggu turn tuhh, Ya Allah dalam hati nihh Allah jaa yang tahu. Turn aku, teacher tanya, ''awak ade berhutang dengan pihak sekolah tak?'' ERR, aku jawab jelaa, ''alhamdulillah tak :)''. okeee, selepas aku sign, cikgu bagi slip keputusan tuhh. Aku amik then ckp thanks kat cikgu dan terus blaahh. Dengan lafaz ''Bismillahirrahmanirrahim'' aku buka slip tuu dan....Ya ALLAH! I'm praises to U Allah! tadaaaaaaakkkkk FAIL! wiiiiiiiii. Aku menangis lagi. then aku check hw many a's that i get. Ohhhh Mayyyy Gooood! Subhanallah! Thanks Allah! fuhhh. Syukur syukur. Berita nihh aku kongsikan bersama orang yang tersayang, my ummi dan ayah. thanks ummi ayah! U make me proud at both of u! thanks cs ummi dan ayah sanggup berkorban segala-galanya demi anak-anakmu tercinta. Alhamdulillah Allah kerana mengirimkan aku, ummi dan ayah yang sanggggggggggaaaattttt baik! THANKS ALLAH! kejayaan ini syuk hadiahkan untuk ummi dan ayah walaupun tak seberapa jika dibandingkan dengan jasa kalian mendidik, menjaga anak-anak sehingga berjaya menjadi insan yang soleh dan solehah! :DD

24 March 2012.

3 HARI SELEPAS RESULT SPM diumumkan..barulah entry ini diupdate. heheh :p

Bersyukurlah dgn result yg kita dpt tu. Allah dh tetapkn sipulan sipulan nih result lbih sikit dr kita ada sebabnya. Jgnlaa sedih. Mungkin Allah nk uji sejauh mana kita mensyukuri nikmat yg Allah bg tuu dan samaada kita manfaatkn dia utk masa depan kita ataupn tak. Igt weh, ramai yg brjaya pernah merasai kegagalan. tak semua perfect. :) yg penting utk kita, kejayaan sentiasa menanti anda :) biar lambat asalkan bernilai. ^_^

next--> aku nk men pointer jaaa. A+, A, A- good bye :DD 

Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. SO, la tahzan :)

Congratulation for your guys who's get excellent results in SPM 2011! I'm proud to you! Don't forget sujud syukur okeee? Alhamdulillah.


Saturday, March 17, 2012

anak oh anak.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 

Alhamdulillah..ALLAH memberikan nikmat kepadaku sekali lagi untuk merasai nikmat bernafas dan berkesempatan untuk melihat dunia yang fana ini.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad.  


15 Kesilapan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran
Surah At-Taghabun, 64:15)
 Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. 

Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. 

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.”
Berkata para sahabat :
“Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata :
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” -(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak:
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak menakutkan anak2 dgn perkara2 yang tidak sepatutnya seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)


* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.


Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ :
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
 ”Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada dirumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam,merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.


Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sama-samalah kita belajar…..
p.s : walaupun tadak kena mengena dengan diri kita yang belum berkahwin, fungsi kita sebagai anak adalah menjaga dan sekali sekala ajarkanlah dan kongsikanlah tips ini kepada parents kita … preparation untuk masa hadapan :) bagus untuk tarbiyah diri … ya Allah bantulah kami suami isteri /anak dlm mendidik anak2 mengikut cara Islam dan sunnah Nabi Muhamaad SAW … amin !