Santapan Hati

Monday, March 26, 2012

journey.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum 

Fajar-Sinar Bulan [Anekdot Kaki Lima] - Hlovate

Dia…bukanlah graduan universiti luar negara.Graduan universiti dalam negeri pun bukan.Hatta dia bukan graduan mana-mana universiti pun.Pengajian tertingginya hanya di tangga SPM.Itu pun bukanlah dengan keputusan yang cemerlang ke langit.Sekadar lulus dengan pangkat dua yang nak hampir ke pangkat tiga.Bukan dia tak berotak tak bergeliga.Dia tak minat.Baginya keputusan peperiksaan sekolah bukan ultimatum untuk memutuskan seseorang tu bodoh pandai.Orang lain boleh berabuk cakap orang putih,dia pun boleh cakap orang putih.Lekeh-lekeh keputusan SPMnya,English 1119 dia dapat A2.Mungkin sebab dia memang suka bahasa dan anti sains serta angka.Kelas dan sekolah hanya kayu pengukur standard dalam masyarakat.Alam dan diri yang sebenarnya patut menjadi penilai.Dan ayahnya menempelak dengan mengatakan dia hanyalah seorang kaki falsafah pokok getah.


Benarlah...lepas habis SPM dengan keputusan yang tak seberapa tu,ke mana sangatlah dia boleh melangkah.Nak ke universiti...baginya dari buat course yang bukan-bukan dan tiada prospek,baik duduk di kampung menoreh getah.Nak ke politeknik pun payah.Kalau GiatMARA tu mungkin boleh lagi la.Tapi dia sendiri tak begitu minat dengan benda-benda macam tu...ketika itu.


Dan dia pun duduk di kampung.Bangun pagi di tengah subuh,ke kebun getah dari pagi ke tengah hari.Petang pula menebas di dusun di hulu.Bukan kerana dia rajin.Tapi kalau nak hidup makan pakai di rumah ni dengan aman,kena la banting tulang empat kerat dan kudrat serta memerah keringat.Kalau tak mau kena kejar dengan ayah keliling rumah jika sekadar makan dan membuta je.


Bila tiba masa pokok-pokok getah dah nak ditebang untuk penanaman semula,dia la antara orang yang macam cacing kena salai atas bara.Tumbangnya pokok getah,bermakna putusnya duit.Sementara nak menunggu pokok getah besar,maknanya dia yang makin kurus.Nak mengharap duit ayah,haraplah sangat.Ada la lebih kurang macam pungguk nak tunggu bulan di tengah langit jatuh ke tengah sawah.Maka ditakdirkan Allah dia berkenalan dengan Abang Nan yang kerjanya menjual jeruk,kuih dan makanan ringan di pekan sehari dan pasar-pasar malam.Abang Nan dengan dia bukan kira orang lain sangat pun.Kalau bersoreh nak ikut keluarga dan suku-sakat,ada la kot pangkat tiga empat pupu.Dan dia pun mengikut Abang Nan berniaga setelah diajak orang tua tu.Belajar rentak orang berjual-beli.Hampir setahun setengah bersama Abang Nan,lelaki itu menyuruhnya berdiri sendiri. 


Nekad dia meminjam duit ayah untuk dibuat modal berniaga dan untuk membeli sebuah van terpakai;bagi dibuat alat mengangkut barang jualnya ke hulu ke hilir.Ayah skeptik,namun memberi juga.Kata ayah,lunaskan dalam masa lima tahun.Dia hanya mengangguk je.Ditengoknya Abang Nan tu dengan berniaga tu la dia ke Mekah,beli van,beli kereta,beli motor,buat rumah.Memang betul kata Nabi.9/10 daripada sumber rezeki tu datanya dari berniaga.Dan itu la yang menjadi pendorongnya nak jadi macam Abang Nan juga.


Berdiri sendiri...memang sakit.Walaupun sepanjang bersama Abang Nan dia belajar ombak gelombang dan pahit maung orang berniaga,namun lain rasanya bila semua kena ditelan sendiri.Rasa yang melintasi tekak tu pahitnya berganda-ganda.Tapi kalau manis tu,manis berganda-ganda macam tebu bercampur gula juga.Mulanya dia cuba mengikut rentak seperti masa berniaga dengan Abang Nan dulu.Habis van buruknya dibawa ke segenap ceruk daerah yang ada pekan sehari dan pasar malam.Payah...saingan banyak.Dan duit banyak habis meski jualan tak laku mana.Duit minyak lagi...duit sewa tapak...dan kadang-kadang hujan pula.


Dia menerima ilham rahmat Tuhan tu ketika sedang meneman mak membeli kain pasang di Sri Sungguh.Bosan menunggu di dalam kedai yang serba sesak dengan orang tu,dia menunggu sambil duduk di atas tembok di luar kedai.Matanya melata melihat keliling.Sebab tika tu dah tak ada benda lain yang nak dibuat.Bangunan deret kedai ni memang maju betul.Kedudukan stratergik.Dah la di tengah-tengah pekan.Bertentang seberang jalan dengan supermarket dan mini market pulak tu.Bangunan tiga tingkat tu pun segala macam kedai ada.Dengan kedai Sri Sungguh,Kedai Kain Tan,dan Kedai Kain Rahman saja pun deret tu dah cukup meriah.Tambah lagi kat situ la ada Bank Simpanan Nasional,kat situ la ada Bumiputra Commerce.Tambah-tambah lagi dengan kedai farmasi,kedai buku,pusat tuisyen,kedai makan yang bersusun dan entah segala macam kedai lagi.Pendekata kawasan itu macam lombong emas orang berniaga sebab sentiasa sibuk dengan manusia.Peniaga-peniaga kecil pun ramai yang menumpang rahmat tempat yang sesak dengan orang tu.Membuka gerai-gerai di tepi lorong dan kaki lima.Ada yang berniaga air,menjual kacang rebus dan buah-buahan,buka gerai burger,jual keropok lekor dan segala macam nugget...


Dan ketika itu idea menerpa!


Apa kata kalau aku cuba berniaga kat sini?!Dari sini ke rumah bukan jauh.Nak berulang-alik tiap-tiap hari pun tak kira aral.


And the rest is history. 

_____________

a chunk from a piece that was written back in 2006.with the rate social capitalism going on nowadays that highly influences the way of how our society views status and success,I'm just putting this up to anchor myself from being dragged by the mainstream sludge.the anecdote behind the story : it all started when I saw a young man leaving his bustling stall,changed into his baju Melayu and pelekat,and walking towards the masjid way before Zuhur.

Dia meraikan Jumaat.

While [some]other executive hotshots were contemplating lunch.

verily,Allah sees naught of our earthly status,but the level of taqwa we have within us,no?

okay,those yang rasa dia memang awesome sila cari this verse and put it in the comment;one that is related to the ramblings above : [49:13]

kalau jumpa,anda memang awesome.

kalau jumpa,faham dan hadam,lagi la bertambah awesome :)

may Allah bless u..

No comments:

Post a Comment